Skema Pemarkahan Peperiksaan Akhir Tahun Bagi Tahun 5 Untuk TOV UPSR 2011 Bagi SK, SJKC dan SJKT boleh dimuat turun di Laman ini selepas pukul 12.00 Tengah Hari Pada Hari Ujian Dijalankan Bagi subjek berkenaan.Sila klik: SK Jaya Setia


    Mulai bulan Oktober 2010, penyata gaji hanya boleh didapati di laman sesawang Jabatan Akauntan Negara sahaja
    e-Penyata Gaji dan Laporan


    Permohonan kemasukan murid ke tingkatan satu ke sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan kelas aliran agama Negeri Selangor Tahun 2011
    Borang Permohonan dan syarat-syarat


    Permohonan kemasukan murid ke tingkatan satu Kelas Rancangan Khas (KRK) Negeri Selangor Tahun 2011
    Borang Permohonan dan Senarai Sekolah


    Intument Audit Data dan Query Data Emis
    Klik untuk download

Saturday, October 23, 2010

Sejarah Penubuhan SK Sungai sireh

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIREH bermula dengan nama Sekolah Rakyat Sungai Sireh, dibina secara gotong-royong pada tahun 1949 oleh penduduk Kampung Sungai Sireh, diketuai oleh Ketua Kampung pada ketika itu, Tuan Haji Abdul Hamed bin Abdul Manan di Ban Pakat, Ban 2.

Sekolah ini sebahagian besarnya menggunakan kayu nibung terutama bahagian tiang dan lantainya, serta beratapkan nipah. Dinding, kerusi dan meja pula dibuat dari kayu mahang. Sekolah berkenaan bermula dengan seorang guru dan seramai 38orang murid. Akibat penambahan bilangan murid, Lembaga Pengurusan Sekolah telah mengambil keputusan untuk membina sebuah sekolah baru yang dikenali dengan nama Sekolah Melayu Sungai Sireh. Dibina pada 1951 oleh kerajaan di atas tapak yang sedia ada, iaitu di Ban 2, Sungai Sireh. Merupakan sebuah bangunan yang lebih baik, menggunakan kayu merbau sebagai tiang, beratap zink berdinding separuh papan, juga dari kayu merbau.Pada tahun pertama pembukaannya sekolah ini mempunyai 4orang guru beserta seramai 78orang murid.
Sekali lagi akibat penambahan bilangan murid, sebuah sekolah baru dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh telah dibina pada 1969 bagi menggantikan Sekolah Melayu Sungai Sireh. Ia merupakan sebuah bangunan batu 2 tingkat dengan 10 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan bilik guru besar, dua buah stor, tandas murid dan guru serta sebuah kantin. Bangunan berkenaan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Muhamad bin Yaakob, (Menteri Pelajaran ketika itu) pada 3/11/1973.Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh kemudiannya diperbesarkan bagi menampung keperluan penduduk yang bilangannya semakin meningkat. Pada 1979, sebuah bangunan tambahan dua tingkat telah dibina, mengandungi lima buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah surau dan tiga buah stor. Bangunan kedua ini telah digunakan setahun kemudian iaitu, pada 1980.

Pada tahun 1989,Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh telah mendapat sebuah bangunan khas Pusat Sumber setelah berjaya meraih Johan dalam Pertandingan Pusat Sumber Daerah Kuala Selangor. Pusat Sumber ini telah mula digunakan pada Januari 1990. Kemudian pada tahun 1996, atas daya inisiatif PIBG dan pihak pengurusan, sebuah surau telah dibina bagi menampung keperluan Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA). Surau ini sebahagian besarnya dibina dari kayu terpakai Surau Lorong 6 yang telah dirobohkan.

Pada tahun 1998, Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh terus diperbesarkan. Sebuah bangunan tambahan dibina mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah makmal Sains, 3 buah stor dan 2 tandas murid. Bangunan baru ini mula digunakan pada pertengahan 1999. Kemudian pada tahun 2001,sebuah bangunan segera dibina, menempatkan Kelas Pendidikan Khas dan Pra Sekolah. Pada tahun yang sama juga, sebuah makmal komputer dibina dan ia mula digunakan pada awal persekolahan tahun 2002.Kemudian pada tahun 2001,sebuah bangunan segera dibina, menempatkan Kelas Pendidikan Khas dan Pra Sekolah.
Pada tahun yang sama juga, sebuah makmal komputer dibina dan ia mula digunakan pada awal persekolahan tahun 2002.Pertengahan tahun 2001, diperuntukan diberi untuk mendirikan 2 blok, 2 unit bagi setiap blok, kemudahan rumah guru yang lengkap dengan kelengkapan semasa dan moden, sesuai dengan keperluan terkini guru. Kemudahan ini siap sepenuhnya pada setahun kemudian dan mula didiami pada tahun 2003.

Mewujudkan sistem pengurusan sekolah yang berkesan dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek. Membentuk insan yang berketerampilan, cintakan ilmu, berakhlak mulia, patuh kepada ajaran agama seiring dengan kemajuan teknologi untuk menuju ke arah kecemerlangan agama, bangsa dan negara.Semua pelajar, guru serta segenap individu mahupun badan yang terlibat dengan pihak sekolah, termasuk ibubapa dan penjaga murid disaran supaya sentiasa BERUSAHA bekerja keras dengan semangat KETEKUNAN yang tinggi untuk memastikan KEJAYAAN yang bakal dikecapi kemudian hari adalah sesuatu yang membawa kepada
C – cemerlang,
G - gemilang
T– terbilang.

Eh ada lagi entri rupanya......