Skema Pemarkahan Peperiksaan Akhir Tahun Bagi Tahun 5 Untuk TOV UPSR 2011 Bagi SK, SJKC dan SJKT boleh dimuat turun di Laman ini selepas pukul 12.00 Tengah Hari Pada Hari Ujian Dijalankan Bagi subjek berkenaan.Sila klik: SK Jaya Setia


    Mulai bulan Oktober 2010, penyata gaji hanya boleh didapati di laman sesawang Jabatan Akauntan Negara sahaja
    e-Penyata Gaji dan Laporan


    Permohonan kemasukan murid ke tingkatan satu ke sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan kelas aliran agama Negeri Selangor Tahun 2011
    Borang Permohonan dan syarat-syarat


    Permohonan kemasukan murid ke tingkatan satu Kelas Rancangan Khas (KRK) Negeri Selangor Tahun 2011
    Borang Permohonan dan Senarai Sekolah


    Intument Audit Data dan Query Data Emis
    Klik untuk download

Saturday, October 23, 2010

Sejarah Penubuhan SK Sungai sireh

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIREH bermula dengan nama Sekolah Rakyat Sungai Sireh, dibina secara gotong-royong pada tahun 1949 oleh penduduk Kampung Sungai Sireh, diketuai oleh Ketua Kampung pada ketika itu, Tuan Haji Abdul Hamed bin Abdul Manan di Ban Pakat, Ban 2.

Sekolah ini sebahagian besarnya menggunakan kayu nibung terutama bahagian tiang dan lantainya, serta beratapkan nipah. Dinding, kerusi dan meja pula dibuat dari kayu mahang. Sekolah berkenaan bermula dengan seorang guru dan seramai 38orang murid. Akibat penambahan bilangan murid, Lembaga Pengurusan Sekolah telah mengambil keputusan untuk membina sebuah sekolah baru yang dikenali dengan nama Sekolah Melayu Sungai Sireh. Dibina pada 1951 oleh kerajaan di atas tapak yang sedia ada, iaitu di Ban 2, Sungai Sireh. Merupakan sebuah bangunan yang lebih baik, menggunakan kayu merbau sebagai tiang, beratap zink berdinding separuh papan, juga dari kayu merbau.Pada tahun pertama pembukaannya sekolah ini mempunyai 4orang guru beserta seramai 78orang murid.
Sekali lagi akibat penambahan bilangan murid, sebuah sekolah baru dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh telah dibina pada 1969 bagi menggantikan Sekolah Melayu Sungai Sireh. Ia merupakan sebuah bangunan batu 2 tingkat dengan 10 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan bilik guru besar, dua buah stor, tandas murid dan guru serta sebuah kantin. Bangunan berkenaan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Muhamad bin Yaakob, (Menteri Pelajaran ketika itu) pada 3/11/1973.Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh kemudiannya diperbesarkan bagi menampung keperluan penduduk yang bilangannya semakin meningkat. Pada 1979, sebuah bangunan tambahan dua tingkat telah dibina, mengandungi lima buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah surau dan tiga buah stor. Bangunan kedua ini telah digunakan setahun kemudian iaitu, pada 1980.

Pada tahun 1989,Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh telah mendapat sebuah bangunan khas Pusat Sumber setelah berjaya meraih Johan dalam Pertandingan Pusat Sumber Daerah Kuala Selangor. Pusat Sumber ini telah mula digunakan pada Januari 1990. Kemudian pada tahun 1996, atas daya inisiatif PIBG dan pihak pengurusan, sebuah surau telah dibina bagi menampung keperluan Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA). Surau ini sebahagian besarnya dibina dari kayu terpakai Surau Lorong 6 yang telah dirobohkan.

Pada tahun 1998, Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh terus diperbesarkan. Sebuah bangunan tambahan dibina mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah makmal Sains, 3 buah stor dan 2 tandas murid. Bangunan baru ini mula digunakan pada pertengahan 1999. Kemudian pada tahun 2001,sebuah bangunan segera dibina, menempatkan Kelas Pendidikan Khas dan Pra Sekolah. Pada tahun yang sama juga, sebuah makmal komputer dibina dan ia mula digunakan pada awal persekolahan tahun 2002.Kemudian pada tahun 2001,sebuah bangunan segera dibina, menempatkan Kelas Pendidikan Khas dan Pra Sekolah.
Pada tahun yang sama juga, sebuah makmal komputer dibina dan ia mula digunakan pada awal persekolahan tahun 2002.Pertengahan tahun 2001, diperuntukan diberi untuk mendirikan 2 blok, 2 unit bagi setiap blok, kemudahan rumah guru yang lengkap dengan kelengkapan semasa dan moden, sesuai dengan keperluan terkini guru. Kemudahan ini siap sepenuhnya pada setahun kemudian dan mula didiami pada tahun 2003.

Mewujudkan sistem pengurusan sekolah yang berkesan dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek. Membentuk insan yang berketerampilan, cintakan ilmu, berakhlak mulia, patuh kepada ajaran agama seiring dengan kemajuan teknologi untuk menuju ke arah kecemerlangan agama, bangsa dan negara.Semua pelajar, guru serta segenap individu mahupun badan yang terlibat dengan pihak sekolah, termasuk ibubapa dan penjaga murid disaran supaya sentiasa BERUSAHA bekerja keras dengan semangat KETEKUNAN yang tinggi untuk memastikan KEJAYAAN yang bakal dikecapi kemudian hari adalah sesuatu yang membawa kepada
C – cemerlang,
G - gemilang
T– terbilang.

Eh ada lagi entri rupanya......

Thursday, October 21, 2010

Warna Kehidupan: Larangan keluar senja

Oleh Nurul Farina Nazlan
nfarina@bharian.com.my
2010/10/21

BANGSA Melayu terkenal dengan pantang larang dan generasi dulu sangat takut melanggarnya berbanding generasi masa kini kerana dibimbangi akan berlaku perkara tidak diingini sekiranya mereka ingkar sehingga sesetengah pihak kepatuhan mereka itu sebagai taksub tidak bertempat.

Antara pantang larang bangsa Melayu yang menimbulkan tanda tanya kepada bangsa lain dan ‘dicabar’ oleh sesetengah bangsa Melayu moden ialah larangan keluar rumah pada waktu menjelang senja hingga selepas waktu Maghrib dan larangan berbentuk lisan dari satu generasi ke generasi berikutnya, diamalkan sesetengah individu sehingga kini.
Larangan yang ditujukan khusus untuk kanak-kanak ini bertujuan menjaga keselamatan mereka secara tersirat, sebenarnya dapat mendidik masyarakat terutama generasi muda mengamalkan nilai hidup sihat, meskipun alasan yang diberikan ialah untuk mengelakkan mereka daripada disampuk atau diganggu oleh makhluk halus.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi, berkata masyarakat zaman dulu mengeluarkan kenyataan dan larangan berdasarkan ajaran turun-temurun, malahan ada kalanya mereka sendiri tidak mengetahui siapa yang memberi fakta larangan yang diperkatakan.

Bagaimanapun, Rasulullah SAW dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim ada menyebut hadis dari Jabir ra yang bermaksud, ‘apabila sudah tiba waktu petang hampir senja), henti dan himpunkan anak-anak kamu (dari terus bermain) kerana pada waktu itu syaitan akan mula berkeliaran’.

“Dari hadis itu jelas membuktikan bahawa larangan keluar rumah pada waktu senja adalah satu pantang larang yang berasas kerana ia dijelaskan sendiri oleh Rasulullah SAW kerana ia waktu syaitan berkeliaran dan larangan itu satu perkara yang dibawa menurut ajaran Islam.

“Dalam persekitaran masyarakat kini, tidak salah untuk mengamalkan larangan berkenaan kerana Islam turut mengesyorkan perkara serupa seperti dinasihatkan Rasulullah SAW. Tetapi, ada kalanya masyarakat kita degil dan menganggap larangan itu sudah tidak relevan lagi ,” katanya pada pertemuan dengan Sastera.
Mohd Taufik berkata, generasi muda hari ini suka mempertikaikan larangan orang tua kerana masyarakat kini terlalu mementingkan hujah, sebab dan akibat, malahan mereka hanya mempercayai kata atau nasihat itu selepas yakin dengan kesahihan serta bukti.

“Sebenarnya, banyak budaya dan warisan Melayu yang mempunyai asas Islam, namun ia hanya diketahui secara tertutup dan tidak diterangkan secara meluas. Budaya dan kepercayaan ini boleh diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan syariah Islam,” tegasnya.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Karim Harun pula menyifatkan semua masyarakat mempunyai larangan dan kepercayaan, malahan ia adalah untuk menghalang individu dalam masyarakat daripada melakukan sesuatu yang akan mendatangkan keburukan.

“Pantang larang dan kepercayaan adalah untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai murni dalam kehidupan. Dari aspek larangan keluar rumah waktu senja, walaupun perkara buruk tidak semestinya akan berlaku, tetapi ada juga kejadian kanak-kanak terbeliak matanya memandang ke siling dan menangis tanpa henti kerana keluar pada waktu senja.

“Semua ini menjadikan sebahagian masyarakat Melayu terus berpegang kepada kepercayaan menghalang kanak-kanak atau orang dewasa daripada keluar rumah pada waktu berkenaan disebabkan kejadian atau kesan negatif yang mungkin berlaku,” ujarnya.

Dr Karim berkata, dalam al-Quran jelas menyatakan kewujudan makhluk halus seperti dalam surah Al-Ahqaf ayat 29, Allah berfirman yang maksudnya ‘Dan ingatlah (wahai Muhammad) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepada engkau (mereka) mendengarkan al-Quran’.

“Kepercayaan masyarakat Melayu yang melarang membawa anak keluar pada waktu Maghrib tidak salah, tetapi cara kita menanganinya dengan bergantung kepada tangkal yang diletakkan di pintu atau meletakkannya di bawah bantal anak agar tidak diganggu makhluk halus yang silap. Kita hanya boleh memohon pertolongan daripada Allah SWT,” katanya.

Eh ada lagi entri rupanya......

Johor FC menang di Seremban, Kedah-Kelantan terikat 0-0

20/10/2010 11:17pm

KUALA LUMPUR 20 Oktober - Saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia berlangsung menarik apabila pasukan pelawat, Johor FC berjaya menumbangkan penyandang juara, Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.
Gol tunggal Johor FC dijaringkan oleh Mohd. Ezaidy Khadar pada minit ke-89. sekali gus memberikan kelebihan buat pasukan bimbingan Azuan Zain itu pada perlawanan separuh akhir kedua Sabtu ini.
Sementara di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah gagal menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri apabila terikat tanpa jaringan menentang Kelantan.

Eh ada lagi entri rupanya......

Wednesday, October 20, 2010

Guru cemerlang kongsi kepakaran

ARKIB : 18/10/2010




Salah seorang guru cemerlang berkongsi teknik dan pengetahuannya dengan guru yang mengikuti program Karnival P&P Berkesan di SMT Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.


SEREMBAN - Pendidikan alaf 21 memerlukan guru berkualiti yang kreatif dan inovatif dalam menyempurnakan tugas serta tanggungjawabnya. Bukan pedagogi yang sama dan statik. Guru bersyarah murid mendengar.
Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah perlu bersifat dua hala, menarik dan seronok supaya ia memberi impak positif yang berkekalan.
Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (NS), Kalsom Khalid menyarankan kepada para pendidik supaya tidak terlalu rutin dan fokus kepada domain kognitif sahaja iaitu memberi fakta dan pengetahuan sebanyak mungkin semasa di dalam kelas <span class="fullpost">Menurut beliau, guru sepatutnya turut menekankan domain yang lain - efektif dan psikomotor - dalam P&P supaya modal insan yang dihasilkan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
"Domain efektif melibatkan penerapan nilai murni dan sikap yang baik manakala domain psikomotor pula tentang penglibatan pelajar dalam aktiviti yang berbentuk hands-on," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada penutupan program Karnival P&P Berkesan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Seremban dan Majlis Guru Cemerlang NS di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tuanku Jaafar di sini baru-baru ini.
Karnival yang mengumpulkan 350 guru ini mendapat penajaan daripada Menteri Besar NS, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Program berbentuk mentor mentee ini memberi peluang kepada guru cemerlang berkongsi kepakaran, teknik dan pengetahuan dengan guru biasa. Ia merupakan salah satu pendekatan untuk memenuhi aspirasi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam meningkatkan kualiti guru.
Selain pendekatan itu, kata Ketua Sub Unit NKRA Kualiti Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr. Zaida Mustafa, 40,000 guru sedia ada akan dinaik taraf, dilengkapi kemahiran baru atau diberi penempatan semula.
Manakala proses kemasukan pula, jelas beliau, akan diperketatkan dan mungkin diswastakan jika ada keperluan.
"Lepasan ijazah dengan Gred Purata Akumulatif Terkumpul (CGPA) 2.7 sahaja yang akan dipilih untuk mengambil diploma pendidikan," katanya.
Zaida memberitahu, laluan kerjaya akan dipercepatkan berdasarkan kompetensi, prestasi dan kebolehan bukannya tahun perkhidmatan supaya guru lebih bermotivasi.
Sementara itu, Guru Cemerlang Gred Khas C Subjek Sains, Datin Rabiah Hussain mendedahkan resipi rahsianya, teknik Look All kepada peserta program berkenaan.
Teknik itu, katanya, membolehkan guru mendidik pelajar cara untuk mendapatkan semua maklumat dan kunci jawapan hanya daripada soalan.
"Bagaimanapun, ia hanya sesuai untuk subjek Sains sahaja," jelasnya.
Guru Cemerlang Pendidikan Islam, Suwaibah Jalel berkata, pendekatan secara amali dan praktikal memudahkan pelajar menghayati sesuatu ilmu itu sama ada untuk peperiksaan mahupun amalan harian.
"Misalnya untuk topik haji, pelajar mengerjakan ibadat itu menggunakan replika dan peralatan yang disediakan," kata guru Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Jaafar, Kuala Pilah ini.
Manakala, Guru Cemerlang Bahasa Inggeris, Fadilah Yaacob pula menggunakan pendekatan P&P yang berbeza mengikut keperluan dan potensi pelajar.
Beliau mengasingkan pelajar kepada tiga kumpulan - lemah, sederhana dan pandai.
"Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua yang akan mengajar topik yang ditetapkan," jelas beliau.
P&P berbentuk dua hala yang melibatkan rakan sebaya lebih mudah difahami dan amat efektif, kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti ini.
Bagi Abdul Latif Ismail, pembelajaran berfikrah yang melibatkan lima deria (hands-on), minda (minds-on) dan jiwa (hearts-on) akan memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep sains dan kegunaannya dalam kehidupan seharian.
Kata Guru Cemerlang Fizik ini, melalui kaedah tersebut konsep yang susah menjadi mudah dan ia menggalakkan soal jawab yang aktif antara pelajar dan guru.
Dalam pada itu, ahli Majlis Guru Cemerlang NS turut membangunkan blog masing-masing yang diisi dengan bahan P&P yang boleh dimuat turun secara percuma.
Salah seorang daripada pengendali blog yang aktif, Zahuren Abdul Kadir, menyediakan bahan P&P subjek Bahasa Inggeris dalam format Powerpoint, Pdf dan Microsoft Word.
"Bahan yang disediakan sesuai untuk guru dan juga untuk kegunaan pelajar," kata Guru Cemerlang Bahasa Inggeris SMS Seremban ini.
Blog beliau boleh dilayari di www.zahuren.wordpress.com.</span>


Eh ada lagi entri rupanya......

Tuesday, October 19, 2010

Sistem pendidikan berkualiti bukan berdasarkan bajet - TPM

19/10/2010 6:07pm

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Pembudayaan sistem pendidikan bukan hanya mengenai perkara peruntukan bajet, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, pendidikan berkualiti pada hakikatnya mengenai pembangunan minda, peribadi meningkatkan potensi setiap individu untuk kemajuan masyarakat pembelajaran yang mengiktiraf kepelbagaian budaya, demokrasi, hak asasi manusia, nilai-nilai, kesaksamaan kepada pengetahuan dan pembelajaran sepanjang hayat.
"Ia mengenai bagaimana kita menerusi usaha bersama meningkatkan imej Islam sebagai agama aman, meningkatkan persepsi Muslim sebagai manusia berintegriti, memperbaiki persepsi ke arah peranan isteri dan anak kita dalam pembinaan bangunan dan pembangunan modal insan dan bagaimana kita mungkin perbaiki pembabitan belia kita dalam pembangunan sosial dan ekonomi,” katanya ketika merasmikan Persidangan Menteri-Menteri Pengajian Tinggi Islam dan Penyelidikan Saintifik di sini hari ini. - Bernama

Eh ada lagi entri rupanya......