Skema Pemarkahan Peperiksaan Akhir Tahun Bagi Tahun 5 Untuk TOV UPSR 2011 Bagi SK, SJKC dan SJKT boleh dimuat turun di Laman ini selepas pukul 12.00 Tengah Hari Pada Hari Ujian Dijalankan Bagi subjek berkenaan.Sila klik: SK Jaya Setia


    Mulai bulan Oktober 2010, penyata gaji hanya boleh didapati di laman sesawang Jabatan Akauntan Negara sahaja
    e-Penyata Gaji dan Laporan


    Permohonan kemasukan murid ke tingkatan satu ke sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan kelas aliran agama Negeri Selangor Tahun 2011
    Borang Permohonan dan syarat-syarat


    Permohonan kemasukan murid ke tingkatan satu Kelas Rancangan Khas (KRK) Negeri Selangor Tahun 2011
    Borang Permohonan dan Senarai Sekolah


    Intument Audit Data dan Query Data Emis
    Klik untuk download

Thursday, October 21, 2010

Warna Kehidupan: Larangan keluar senja

Oleh Nurul Farina Nazlan
nfarina@bharian.com.my
2010/10/21

BANGSA Melayu terkenal dengan pantang larang dan generasi dulu sangat takut melanggarnya berbanding generasi masa kini kerana dibimbangi akan berlaku perkara tidak diingini sekiranya mereka ingkar sehingga sesetengah pihak kepatuhan mereka itu sebagai taksub tidak bertempat.

Antara pantang larang bangsa Melayu yang menimbulkan tanda tanya kepada bangsa lain dan ‘dicabar’ oleh sesetengah bangsa Melayu moden ialah larangan keluar rumah pada waktu menjelang senja hingga selepas waktu Maghrib dan larangan berbentuk lisan dari satu generasi ke generasi berikutnya, diamalkan sesetengah individu sehingga kini.
Larangan yang ditujukan khusus untuk kanak-kanak ini bertujuan menjaga keselamatan mereka secara tersirat, sebenarnya dapat mendidik masyarakat terutama generasi muda mengamalkan nilai hidup sihat, meskipun alasan yang diberikan ialah untuk mengelakkan mereka daripada disampuk atau diganggu oleh makhluk halus.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi, berkata masyarakat zaman dulu mengeluarkan kenyataan dan larangan berdasarkan ajaran turun-temurun, malahan ada kalanya mereka sendiri tidak mengetahui siapa yang memberi fakta larangan yang diperkatakan.

Bagaimanapun, Rasulullah SAW dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim ada menyebut hadis dari Jabir ra yang bermaksud, ‘apabila sudah tiba waktu petang hampir senja), henti dan himpunkan anak-anak kamu (dari terus bermain) kerana pada waktu itu syaitan akan mula berkeliaran’.

“Dari hadis itu jelas membuktikan bahawa larangan keluar rumah pada waktu senja adalah satu pantang larang yang berasas kerana ia dijelaskan sendiri oleh Rasulullah SAW kerana ia waktu syaitan berkeliaran dan larangan itu satu perkara yang dibawa menurut ajaran Islam.

“Dalam persekitaran masyarakat kini, tidak salah untuk mengamalkan larangan berkenaan kerana Islam turut mengesyorkan perkara serupa seperti dinasihatkan Rasulullah SAW. Tetapi, ada kalanya masyarakat kita degil dan menganggap larangan itu sudah tidak relevan lagi ,” katanya pada pertemuan dengan Sastera.
Mohd Taufik berkata, generasi muda hari ini suka mempertikaikan larangan orang tua kerana masyarakat kini terlalu mementingkan hujah, sebab dan akibat, malahan mereka hanya mempercayai kata atau nasihat itu selepas yakin dengan kesahihan serta bukti.

“Sebenarnya, banyak budaya dan warisan Melayu yang mempunyai asas Islam, namun ia hanya diketahui secara tertutup dan tidak diterangkan secara meluas. Budaya dan kepercayaan ini boleh diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan syariah Islam,” tegasnya.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Karim Harun pula menyifatkan semua masyarakat mempunyai larangan dan kepercayaan, malahan ia adalah untuk menghalang individu dalam masyarakat daripada melakukan sesuatu yang akan mendatangkan keburukan.

“Pantang larang dan kepercayaan adalah untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai murni dalam kehidupan. Dari aspek larangan keluar rumah waktu senja, walaupun perkara buruk tidak semestinya akan berlaku, tetapi ada juga kejadian kanak-kanak terbeliak matanya memandang ke siling dan menangis tanpa henti kerana keluar pada waktu senja.

“Semua ini menjadikan sebahagian masyarakat Melayu terus berpegang kepada kepercayaan menghalang kanak-kanak atau orang dewasa daripada keluar rumah pada waktu berkenaan disebabkan kejadian atau kesan negatif yang mungkin berlaku,” ujarnya.

Dr Karim berkata, dalam al-Quran jelas menyatakan kewujudan makhluk halus seperti dalam surah Al-Ahqaf ayat 29, Allah berfirman yang maksudnya ‘Dan ingatlah (wahai Muhammad) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepada engkau (mereka) mendengarkan al-Quran’.

“Kepercayaan masyarakat Melayu yang melarang membawa anak keluar pada waktu Maghrib tidak salah, tetapi cara kita menanganinya dengan bergantung kepada tangkal yang diletakkan di pintu atau meletakkannya di bawah bantal anak agar tidak diganggu makhluk halus yang silap. Kita hanya boleh memohon pertolongan daripada Allah SWT,” katanya.

No comments:

Post a Comment